Membudayakan Sikap Positif dan Pemikiran Kreatif Terhadap Kewirausahaan di Kalangan Masyarakat Muslim: Satu Alternatif Kepada Penanggulangan Kemiskinan

Nazaruddin Ali Basyah

Abstract


Kajian ini dilaksanakan untuk membudayakan sikap positif dan pemikiran kreatif terhadap kewirausahaan di kalangan masyarakat muslim Selain itu kajian ini juga mempunyai tujuan mendalami pandangan masyarakat muslim yang berkaitan dengan faktor-faktor yang diberikan penekanan dalam memilih profesi wirausaha serta kepentingan memilih profesi wirausaha. Kajian ini juga akan mengupas persoalan konsep wirausaha dan kewirausahaan mengikut pandangan barat dan menurut perspektif Islam serta melihat perbedaan di antara kedua-dua perspektif tersebut. Selain itu akan dihuraikan juga kontribusi wirausaha dalam kalangan masyarakat muslim terhadap pembangunan ekonomi negara. Selanjutnya memperincikan kepentingan nilai dan etika Islam dalam usaha perniagaan serta menelusuri ciri-ciri keperibadian Nabi Muhammad SAW sebagai model wirausaha berjaya dan cemerlang yang sepatutnya menjadi contoh untuk setiap wirausaha muslim. Di akhir kajian, pengkaji mengemukakan beberapa usulan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji seperti sistem pendidikan kewirausahaan di negara muslim.

Keywords


Kewirausahaan, Sikap Positif, Pemikiran Kreatif

Full Text:

PDF

References


Ab Aziz Yusof. 2010. Panduan terbaik: Menjadi Usahawan Berjaya. Kuala Lumpur: Scholarmind Publising

Adnan Alias. 1992. Model Perlakuan Usahawan Muslim. Dlm Konsep Keusahawanan Islam. Adnan Alias, Human Mohammad dan Mohamed Dahlan Ibrahim (Ed). Shah Alam, Selangor: Arina Publication House.

Ahmad Zaki Ismail. 2011. Formula Usahawan Berjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Ali Shari’ati. 1979. Civilization and Modernization. Houston : Free Islamic Press

Buerah Tunggak & Hussin Salamon. 2011. Budaya Usahawan Berjaya. Penerbit UTM Press. Johor Darul Ta’zim, Malaysia

Mohammed Nordin Sopiee. 1995. Inculcating Moral and Ethical Values. Dlm. Business in Malaysia Vision 2020, Understanding the Concept, Implications and Challenges. Ahmad Sarji Abdul Hamid (Ed.). Kuala Lumpur: Pelanduk Publications

Muhammad Ali Hashim. 1996. Masyarakat Madani Malaysia: Asas dan Strategi Perlaksanaan (Dari Aspek Bisnes dan Organisasi Korporat). Kertas Kerja dalam Konvensyen Masyarakat Madani Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Muhammad Ali Hashim. 2003. Bisnes Satu Cabang Jihad: Pembudayaan Bisnes untuk Survival. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Norasmah Othman. 2009. Pelaksanaan kaedah pembelajaran berasaskan konsultasi dalam pembudayaan keusahawanan. Laporan Penyelidikan Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2009.




DOI: http://dx.doi.org/10.22373/jms.v17i2.1938

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2017 Media Syari'ah



Media Syari'ah : Wahana Kajian Hukum Islam dan Pranata Sosial has been indexed by:

 

All papers published in Media Syari'ah : Wahana Kajian Hukum Islam dan Pranata Sosial are licensed under a  Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.